Welcome To My Life

My photo
Langkawi, Kedah, Kedah Darul Aman, Malaysia
Assalammualaikum. I am a muslim, a daughter in my family, a servant to ALLAH and a Frenzs. I'm love being myself, I love me, I love everything. Peace..

Thursday, 27 October 2011

Doaku Untukmu Sayang


Seandainya.....
kau telah catatkan dia milikku,
tecipta untukku,
dekatkanlah dia kepadaku,
satukan hatinya dengan hatiku,
titipkanlah kemesraan diantara kami,
agar kebahagian itu abadi,
dan YA ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang,
seiringkanlah kami dalam melayari ketetapan yang sejahtera ini sebagaimana yang ENGKAU kehendaki...


AMIN YARABBAL ALAMIN........





Thursday, 20 October 2011

CINTA ITU BUTA


ARMADA - CINTA ITU BUTA


Assalammualaikum korang......

Cinta itu buta... Sangat2 buta.. smpai kita sndiri pun xsedar... Bagi aku cinta tu sgt ptg.. Sgt2.. 






p/s : cemburu tu boleh tapi berpada-pada :-(

10 TANDA DIA JODOH KITA



oit oit.. Tajuk hari nie ialah adakah pasangan kita tu jodoh kita??.. Ha msti korg nak tau kan?? Jom bca entry kat bawah.. Sumber di bawah tu aku ambik dari salah sebuah buku cinta.. Atau panduan cinta.. Tgklah..


1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.




6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


p/s : Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?



“ Manusia merancang, Allah menentukan..”

Wednesday, 19 October 2011

Sebab Dan Kenapa Kita Perlu Sayang Pasangan Kita !!!

<3 SOMEONE LIKE YOU PAPA <3 

Ok lah tajuk hari nie kenapa kita perlu sayang pasangan kita???.. Korang msti dah tau jgk kan???.. Xpe nie kira refreshment blik tok korg.. Ok then jom setat... ( oppsss salah START la ).. 

* Sebab Sidia kan buah hati kita... Mestilah kita syg.. xkan nk syg org lain plak.. :-P
*Sebab Sidia selalu berada di sisi kita dlm keadaan susah dan senang..
*Sebab Sidia terima kita seadanya..
*Sebab Sidia ambik berat sal kita.
*Sebab Sidia sudi pinjam bahu bila kita sedih..
*Sebab Sidia terbaik yang pernah kita miliki..
*Sebab Sidia xpernah tinggalkan kita..
*Sebab Sidia pakwe yg bestt.. hehehe
*Sebab Sidia sudi dengar kita mrah2 maki la mcm2 lagi bla time bergayut or jmpa..
*Sebab Sidia pun syg kita jgk..


Monday, 17 October 2011

RINDU


p/s : perlu rehatkan kepala otak slepas sharian menangis :-(

Sunday, 16 October 2011

5 HADIAH YANG SERING DILUPAKAN UNTUK ORANG TERSAYANG

Boys: nah bunga tok u syg
Gurl: Bunga jek?? gucci ke prada ke xda ek?? ...


Bunga, cincin, minyak wangi, kasut atau apa saja yang boleh dijadikan hadiah. Tentu korang pun penah dapat kan dari sidia.. oppsss.... Asanya semua tu xcukup.. Sebenarnya ada lagi yang si dia lupa nak bagi kat korang. ApA???? hehehehe... tgk kt bawah




<3 Hadiah Mendengar
 Berikan hadiah nie kat sidia dan korang perlulah benar2 dengar apa saja luahan dari sidia.
Jangan mencelah atau jangan plak dok berangan dan rancang apa yang korang nak balas.

<3 Hadiah Tanda Kasih 
 Jangan kedekut tok tunjukkan yang korang nie sayang n caring sal sidia. Pegang tangan sidia
dan tunjukkan keiklasan kat sidia ( yang muhrim je la na pegang tangan) :-P

<3 Hadiah Sehelai Nota
 pada zaman teknologi nie, ramai pasangan yang lupa nak bagi surat cnta.. Ye la taip mcj
then sent je kan klau nk say I LOVE YOU skang nie.. Tapi korang perlu igt yang surat cnta
lah bagi 1001 makna tau. ( aku suka laki bagi surat cinta ) :-)

<3 Hadiah Ketawa
 hehehehe msti korang pelik kan?? Hadiah Ketawa??? ha bila korang ketawa brsama sidia, dia
akan rasa dhargai.. paham tu???

<3 Hadiah Puji-pujian
 laki ke pmpuan ke suka dipuji.. so puji la selalu psangan korang. ( Aku sebenarnya dah habis idea nak tulis pe.. )hahahahahah

p/s : cukuplah stakat nie.. sbenarnya ada lagi hadiah yg boleh korang bagi tapi aku xda idea dah... :-P

selamat mencuba
BEST OF LUCK COUPLES !!!

Saturday, 15 October 2011

9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan !!!

Hyep.. Ok tajuk kita hari nie adalah sembilan ( 9 ) sebab hubungan kita dgn pasangan tidak mampu bertahan..
Baca yg selebihnya kat bawah :-)

PERTAMA
* Menipu 
 menipu adalah "pembunuh" utama dalam sesebuah perhubungan. Ia macam cetusan gunung berapi la. Ada yang menipu sebab nak selamatkan hubungan kan?? Boleh tapi jgn la menipu teruk sangat. Sampaikan pasangan kita x percayakan kita lgi.. ingat tu tau.

KEDUA
*Harapan / kebebasan
Ada pasangan yang meletakkan harapan yang sangat tinggi pada pasangannya, malah dorang nie bergantung penuh kat pasangan tu. Ada lelaki yang suka dan ada jugak yang x suka.. Setengah lelaki ada yang suka dikonkong.. Tapi kebanyakkan xsuka.

KETIGA
*Terlalu pikir sal nak Kawen ( Macam Aku ) :-P
Wanita sekarang yang baru kenal beberapa bulan dah ajak kawen. Hal macam nie boleh menyebabkan hubungan tu berakhir. Lelaki xsuka dipaksa hal macam nie.. Dorg perlu sedar sendiri dalam bab2 kawen.. Jadi kita nie perempuan perlulah sabar na.. 




KEEMPAT
* Mengungkit hal lama
Pantang bagi sesetengah orang bila ada orang ungkit sal benda yang lama. Tambah2 lagi bila ungkit pasal awek tau pakwe yang lama.. Nak kena hemtam sedas mengkalau ungkit.. hehehe... ( Aku selalu buat, haish )

KELIMA
*Berbeza pendapat
Dalam menjalinkan sesebuah perhubungan hal nie mmg selalu jadi, yang si pakwe kata mcm nie.. Makwe kta mcm nie.. Ha pastu gaduh.. Hang merajuk... Hang nak pujuk.. macam2 la

KEENAM
*Harapan yang sangat tinggi
Hal nie berlaku bila pasangan taruh harapan yang tinggi kat pasangan lain.. macam pakwe dia nak awek pakai hana tajima.. suruh pakai jugak2 kalau xjadi putus,, hahahaha... lebih kurang macam tu la...

KETUJUH
* Hal-hal yang menyakitkan hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup buat hal-hal yang bodoh semata2 nak gaduh.. 

KELAPAN
*Kehidupan yang sangat mendesak
senang ja... Bila dapat pasangan yang suka mendesak dlm sesuatu hal.. contoh mcm kawen tadi la..

KESEMBILAN
*Kawan-kawan dan keluarga
Bila kwn2 jeles tgk kwn nie dgn couple dia sweet2 je kan.. ada la yg nk buat bagi putus.. dan yg paling ptg bila hubungan kita tu xdpt restu fmly.. tu lg trok n lg ptg.. haish..

p/s : jaga lah hubungan korang dgn baik sekali n jgn sesekali buat larangan kat atas na.. Jujur amat ptg.. Selagi boleh bertahan korg bertahan dgn pasangan korg.. yg ptg selalu ucapkan kata2 sayang dan lakukan sesuatu yg romantik agar pasangan korang nie tau yg korg nie sayang dorg.. <3 <3 <3


LAGU YANG AKU PALING SUKA <3 <3
TGK LA AKU KONSI DGN KORANG PASTI KORANG PUN AKAN SUKA..


Thursday, 13 October 2011

PeRkAhWiNaN



Hari ni kita akn bercakap mengenai perkahwinan... Apa perkahwinan impian korang?? Aku??.. Aku mahukan perkahwinan yang siimple tetapi nice... Bagi aku cukup la sekadar yg biasa sahaja... Xnak trlalu over sgt... Aku kalau boleh xnak naik pelamin tapi sidia nak sgt naik pelamin.. Dia kata kawen hanya sekali... so buat la habis habisan.. Tapi bagi aku kalau dah ijab kabul dah cukup... Aku dgn dia bolehlah berkepit 24 jam kan??? ha3.. gatai merla... Tapi aku masih tetap ada perkahwinan impian.. Aku nak perkawinan mcm garden... kat taman... boleh x???.. Asal ada suit je kan msti semua boleh pnya... hurm... Jenuh la nk mnyimpan kan???.. so kena la menabung dari sekarang.. kalau x semua nie akan jadi impian je la smpai bila-bila pun.. he3.. Cakap sal kawen nie.. kawan2 aku ramai yg dah kawen.. N yg terbaru nie baru ja dpt jemputan tadi, ada yang baru nak kawen... Aku terkjut kot kawan baik aku nak kawen dah... dlu dia slalu dok kata aku kawen dlu last2 dia kawen dlu pada aku.. haish... Tahniah diucapkan k..  ok la cukup la setakat nie.. Korang nak tgk koleksi perkahwinan impian aku??? ha tgk kt bawah na... Bye.. chow sinchi... :-) 


KOLEKSI PELAMIN DAN BILIK PENGANTIN 











PERKAHWINAN IMPIAN


NAK LOVE STORY MACAM NIE.. <3

Cinta itu KOMITMEN



Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.


Masih jauh lagi perjalanan kita dgn sidia.. Jadi jga dgn baik perhubungan itu

Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. 


Tali ini ibarat eratnya cinta kita sayang !!!


Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang. Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Macam aku sayang pasangan aku... Walaupun kami selalu gadoh tapi hangat cinta dia tok aku masih aku dapat rasa.. Dia sedikit baran dan selalu kawal aku, tetapi kawalan dia terhadap aku, aku suka sangat.. Luv him so much <3 <3 <3.. Dia selalu membuat kan aku jadi gila kalau seharian xmcj atau kol.. huh.. Gila kan cinta tu???.. Dia sangat istemewa.. sgt2.. Bagi aku dia dah cukup sempurna.. Sebab aku pun bkn smepurna sgt nak cari laki yang sempurna.. Cukup la sekadar seorang insan yang sanggup menerima aku seadanya.. Hanya itu yang aku mahu dan minta kepada ALLAH..  


Pegang erat tgn sidia.. hingga ke akhirnya

Sunday, 27 March 2011

TIPS MENGERATKAN HUBUNGAN DENGAN SAHABAT !!!!

Hello2..nak kopi ker milo...kih3....saja nk gurau cket... ary nie aku nk kongsi dgn kowg smua tips2 nk erat kan hubungan dgn kawan or sahabat kowg.....
  • Kenang segala kebaikan y pernah dilakukannya terhdap anda, dan jgn t'lalu mengungkit semua bakti y pernah kita berikan kpdnya..
  • Jgn t'lalu menyayanginya sehingga m'biarkannya melakukan kerosakkan t'hadap dirinya atau t'hadap diri anda
  • Hormati dirinya dan keadaannya.
  • Jangan sekali-kali merendah-rendahkan dirinya.
  • Berjabat tangan dengannya setiap kali b'temu dan sentiasa b'manis muka
  • Menegur dan mensihatinya jika dia melakukan sebarang kasalahan atau maksiat. Kawan y baik tidak akan membiarkan sahabatnya hanyut di dalam maksiat
  • Jangan meminta sesuatu y tdak dapat dilakukannya atau sesuatu y akan mnyusahkannya
  • sentisa bersedia menghulurkan bantuan bila-bila masa di perlukan
  • memanggil dgn nama atau gelaran y disukainya
  • Utama kepentingan sahabat lebih dari diri sendiri
FACULTY OF TECHNOLOGY AND OFFICE MANAGEMENT 

dari kiri IZZA, FIFY, YAN, ED, AKU, FARAH

FIZA, WANIE, AKU

I LOVE MY FRENZ......EMMMUAAHHHH

ALWAYS BE THERE FOR YOU...FRENZZZ

SMKTP.....2009

MAHERA N ETON

AKU N TEHAH


THE END








AZIE ASRI BY LALABIELA.BLOGSPOT.COM